Monday, October 9, 2017

Sinopsis

Misi Liyana Syakiera hanya satu. Membalas dendam ke atas penderitaan ibunya dan untuk mencapai misinya dia harus menghancurkan dua nama. Atas alasan itu dia sangup menyerahkan semua urusan syarikatnya kepada kawan baiknya untuk memastikan dendamnya terbalas. Dalam diam Liyana menyusup masuk ke dalam syarikat Dato' Idrus. Liyana nekad untuk memporak-perandakan hidup Dato' Idrus dan Tan Sri Adnan dengan menghancurkan perniagaan mereka. Akan tetapi bukan senang untuk melaksanakan misinya apabila dia mengenali Ashraff Syakirin. Oleh itu, Liyana harus menyingkirkan Ashraff.

'I will never fall in love with a poor guy like you!' - Liyana Syakiera

'Hina sangat ke cinta lelaki miskin?!' - Ashraff Syakirin

Ashraff menghilangkan diri selepas mendapat penghinaan daripada Liyana. Sedar tak sedar, Liyana merindu dalam diam setelah Ashraff membawa diri. Namun misinya perlu diteruskan. Ashraff kembali semula di dalam hidup Liyana dengan penampilan yang baru dan berkuasa. Kemunculan dan latar belakang sebenar Ashraff mengejutkan Liyana. Ashraff Syakirin perlu dipikat demi menjayakan misi Liyana. 

"I missed you,Ash. Boleh tak saya nak terima cinta awak yang dulu?" - Liyana Syakiera

"Sekarang ni baru kau terhegeh-hegeh nakkan aku" - Ashraff Syakirin

Pelbagai cara dilakukan oleh Liyana untuk memastikan Ashraff Syakirin menjadi miliknya. Akhirnya mereka disatukan apabila Liyana menggunakan cara licik untuk memiliki Ashraff. Misinya hampir direalisasikan namun begitu sikap Ashraff yang selalu sabar dengan karenahnya membuatkan Liyana menguburkan dendamnya itu demi sebuah kebahagiaan. Namun, apabila Laila campur tangan, segalanya terbongkar.

Misi Liyana tercapai. Ashraff kecewa. Liyana sengsara. Liyana membawa diri ke luar negara untuk mencari sebuah keinsafan. Mereka bertemu kembali, akan tetapi halangan demi halangan yang menimpa Ashraff dan Liyana menyukarkan mereka untuk bersatu kembali. Laila yang tidak mahu melepaskan Ashraff dan Mustaqim yang selalu ada untuk Liyana. Apa pengakhiran cerita mereka?


















No comments:

Post a Comment