Monday, October 9, 2017

1

Jam loceng di sisi katil nyaring berbunyi mengganggu lena Ashraff. Lambat-lambat dia membuka matanya sambil tangannya mencari kedudukan jam loceng tersebut. Jam loceng itu dicapai dan ditutup locengnya. 
"Ah, baru pukul 6.45 pagi. Hari ni hari Isnin. Mana aku kerja." Ashraff mengomel dalam hati. Sekejap. Hari Isnin. Kerja. Pukul 6.45. Terus Ashraff membuka matanya. Dia sudah lambat untuk masuk office. Allah, Subuh aku.

"Ash, bangun. Dah lambat ni!!!!" Bunyi ketukan pintu yang bertalu-talu itu membuatkan Ashraff semakin kelam-kabut. Dang it. Dengan pantas Ashraff melompat bangun dari katil dan terus menuju ke kamar mandi. 

"Ash dah bangun, Ma" Sempat dia menjerit sebelum masuk ke bilik mandi. Dari luar, Puan Sri Aisyah tersenyum mendengar jeritan anak terunanya. Dia sudah agak mesti anak lelakinya itu sedang kelam kabut sekarang memandangkan pada waktu ini dia masih belum siap. Perlahan-lahan dia menuju ke arah tangga untuk turun menyediakan sarapan. 

Tepat pukul lapan pagi, Ashraff turun dari biliknya menuju kearah dapur. Dia sempat mengambil roti di atas meja makan untuk dibuat alas semasa dalam kereta nanti. Sambil itu matanya melilau mencari bayang mamanya sementara tangannya sibuk mengikat tali leher. 

"Lain kali bangun lambat lagi." Sergah Puan Sri Ratna dari belakang. Ashraff hanya sengih apabila ditegur mamanya. Memang salah dia kerana ralit bermain PS4 semalam sampai lupa hari ini hari Isnin. 

"OKlah Ma, Ash pergi kerja dulu. Nanti petang Ash balik rumah ambil barang. Ingat nak tidur kat kondo la malam ni. Mama tolong kemas barang Ash eh, tak sempat nak kemas." Ashraff menghulurkan tangannya untuk menyalami mamanya. 

"Dah, dah.. Pergi kerja. Jangan risau, nanti mama tolong kemaskan. Bawak kereta Hisyam tu elok-elok. Ada kereta yang elok pergi kasi kawan pinjam. Ni sekarang diri sendiri bawak kereta Kancil." Sempat Puan Sri Ratna membebel pada Ashraff yang nampak tergesa-gesa untuk memanaskan enjin kereta. 

Ashraff hanya diam mendengar komen Puan Sri Ratna. Perlahan-lahan dia mengundurkan keretanya keluar dari perkarangan rumah sebelum memulakan perjalanannya ke pejabat. Mamanya tidak tahu kerja sebenar Ashraff setiap hari. Semua masalah ini berpunca pada ayahnya yang kononya ingin melihat dia berdikari dan menimba pengalaman dari bawah. Dia pula hanya akur dengan keputusan ayahnya. Dia membesar di luar negara sejak kecil dan tiada siapapun dari I&A Group yang mengenalinya kecuali keluarga & rakan terdekat. Jadi tidak sukar untuk Ashraff menyembunyikan identitinya.  

Ashraff mengeluh lagi apabila dia memikirkan syarat ayahnya yang tak masuk akal itu. Ashraff tidak boleh memberitahu sesiapa mengenai identitinya sebagai pewaris I&A Group. Dia sedar yang ayahnya ingin melihatnya berdikari dan ingin mengelak sebarang isu dengki timbul dalam kalangan rakan sekerjanya. Tanpa dia sedar, dia sudah hampir sampai ke Menara I&A Group. Jauh juga dia mengelamun. Tersenyum Ashraff mendengar suara dari dalam mengomel.

***

Liyana memandang Menara I&A Group dengan azam ingin memastikan misinya berjaya. Tidak sabar untuk melihat kehancuran I&A Group. Liyana menyebut mantera yang selalu digunakan sebagai pembakar semangatnya sebelum memulakan langkahnya untuk memasuki bangunan itu. Ibu doakan misi Yana berjaya. bisiknya.

Tanpa membuang masa, Liyana menuju ke arah kaunter informasi dengan yakin. Hari ini, dia memakai kemeja  berwarna merah hati dan dipadankan dengan shawl berwarna krim, senada dengan palazzo pants yang dipakainya. Wanita yang manis bertudung di kaunter informasi itu ditegur. 

"Excuse me, this is my first day. Kat mana saya nak lapor diri?" Tanya Liyana.

"Cik Liyana Syakiera? Sila ke Tingkat 15 dan cik jumpa dengan penyambut tetamu di aras tersebut. Nanti dia akan handle dari sana." Jawab wanita tersebut. Setelah mengucapkan terima kasih, Liyana terus menuju ke arah lif.

"Nanti!!" Belum sempat pintu lif tertutup, Liyana terdengar satu suara, lalu menekan butang buka secara refleksnya. Seorang lelaki masuk ke dalam lif dengan tergesa-gesa dan menekan butang aras yang ingin ditujunya.

"Terima kasih sebab tolong holdkan lif. Saya dah lambat ni" Liyana hanya tersenyum dan menilai lelaki yang berada dihadapannya. Sampai di tingkat 10, lelaki itu berterima kasih sekali lagi kepada Liyana sebelum keluar dari perut lif 

"Hurm, serabai." Komen Liyana setelah dia berada di dalam lif seorang diri, sempat juga Liyana mengerling ke arah jam tangannya.

"Kalau dia kerja dengan aku, officially dia jadi penganggur hari ni. Dah la serabai, lambat pulak tu, tak jaga imej syarikat langsung." Tambahnya. Namun, komennya hanya disuarakan dalam hati.

 Setibanya Liyana di tingkat 15, dia disambut oleh penyambut tetamu di aras tersebut. Dia hanya mengikut langkah penyambut tetamu di hadapannya sebelum sampai di hadapan sebuah bilik. Tertera  dengan gah nama pemilik syarikat ini. Liyana menenangkan fikirannya sebelum mengetuk pintu bilik tersebut.

"Let the show begins" Dengan yakinnya Liyana melangkah masuk ke dalam bilik tersebut setelah mendengar suara dari dalam menyuruhnya masuk
































Sinopsis

Misi Liyana Syakiera hanya satu. Membalas dendam ke atas penderitaan ibunya dan untuk mencapai misinya dia harus menghancurkan dua nama. Atas alasan itu dia sangup menyerahkan semua urusan syarikatnya kepada kawan baiknya untuk memastikan dendamnya terbalas. Dalam diam Liyana menyusup masuk ke dalam syarikat Dato' Idrus. Liyana nekad untuk memporak-perandakan hidup Dato' Idrus dan Tan Sri Adnan dengan menghancurkan perniagaan mereka. Akan tetapi bukan senang untuk melaksanakan misinya apabila dia mengenali Ashraff Syakirin. Oleh itu, Liyana harus menyingkirkan Ashraff.

'I will never fall in love with a poor guy like you!' - Liyana Syakiera

'Hina sangat ke cinta lelaki miskin?!' - Ashraff Syakirin

Ashraff menghilangkan diri selepas mendapat penghinaan daripada Liyana. Sedar tak sedar, Liyana merindu dalam diam setelah Ashraff membawa diri. Namun misinya perlu diteruskan. Ashraff kembali semula di dalam hidup Liyana dengan penampilan yang baru dan berkuasa. Kemunculan dan latar belakang sebenar Ashraff mengejutkan Liyana. Ashraff Syakirin perlu dipikat demi menjayakan misi Liyana. 

"I missed you,Ash. Boleh tak saya nak terima cinta awak yang dulu?" - Liyana Syakiera

"Sekarang ni baru kau terhegeh-hegeh nakkan aku" - Ashraff Syakirin

Pelbagai cara dilakukan oleh Liyana untuk memastikan Ashraff Syakirin menjadi miliknya. Akhirnya mereka disatukan apabila Liyana menggunakan cara licik untuk memiliki Ashraff. Misinya hampir direalisasikan namun begitu sikap Ashraff yang selalu sabar dengan karenahnya membuatkan Liyana menguburkan dendamnya itu demi sebuah kebahagiaan. Namun, apabila Laila campur tangan, segalanya terbongkar.

Misi Liyana tercapai. Ashraff kecewa. Liyana sengsara. Liyana membawa diri ke luar negara untuk mencari sebuah keinsafan. Mereka bertemu kembali, akan tetapi halangan demi halangan yang menimpa Ashraff dan Liyana menyukarkan mereka untuk bersatu kembali. Laila yang tidak mahu melepaskan Ashraff dan Mustaqim yang selalu ada untuk Liyana. Apa pengakhiran cerita mereka?


















Friday, October 6, 2017

Prolog

Suara tangisan kanak-kanak berusia 10 tahun memecah kesunyian malam. Terdengar juga suaranya yang mendayu-dayu meminta belas kasihan namun tidak dipeduli oleh ayahnya yang sudah naik hantu. Malah semakin menjadi-jadi mengerjakan isterinya yang sudah nampak lemah dan terkulai layu. Puas hati lelaki itu melihat si isteri tampak sudah tidak berdaya untuk melindungi dirinya daripada sepakan dan tunjalan kakinya. Mendengar suara anaknya yang semakin kuat merayu, Lelaki tersebut terus menerpa kearah anaknya dan memegang dagu kanak-kanak tersebut. 

"Aku kata senyap! Kalau kau tak nak aku buat engkau macam mak kau baik kau diam." Terdiam budak perempuan mendengar jerkahan ayahnya namun masih lagi kedengaran suaranya yang teresak-esak. 

"Bawak mengucap, Bang. Anak kita tu." Rayuan si isteri tidak diendahkan. Hanya panahan mata membunuh sahaja yang diberi kepada isteri. Anak kecilnya yang baru berusia 10 tahun itu ditolak sehingga terkena bucu meja. Malang tak berbau, puntung rokok yang masih bernyala itu terjatuh di atas bahu anak kecil itu. Segera si isteri mendapatkan anaknya setelah melihat anaknya berteriak kesakitan.  

"Ada aku kisah. Kau dah tahu aku tak suka kau bercakap dengan lelaki. Yang kau pergi bercakap dengan lelaki entah mana-mana tu buat ape? Aku nak tanya? Siapa lelaki yang aku nampak tengah hari tadi? Kekasih gelap?Kekasih lama? Oh bukan main gatal lagi engkau ya?Entah-entah budak ni..." Belum sempat si suami menghabiskan kata-katanya, Lara berteriak...

"ABANG!!! Sampai hati abang tuduh saya yang bukan-bukan. Lelaki mana ni abang? Abang, saya berani junjung Al-Quran yang Yana ni anak kita." Mana datang kekuatan untuk memegang kaki suaminya untuk merayu, Lara pun tidak tahu. Terkilan hatinya memikirkan suami yang dicintai sepenuh hatinya meragui kasihnya sampai sanggup menidakkan anak mereka sendiri. 

"Ah!!! Persetankan junjung kau tu. Tak laku. Aku nak kau keluar dari rumah ni. Pergilah ikut lelaki tu, dasar perempuan tak guna. Aku tak nak tengok muka kau dan anak kau kat rumah ni lagi. Mulai hari ni aku ceraikan kau dengan talak satu." Terduduk Lara mendengar talak yang dijatuhkan oleh suaminya. Sampai hati suaminya membabi buta melepaskan talak keatasnya atas kesalahan yang entah wujud atau tidak. 

Lara hanya melihat suaminya mencampakkan pakainnya ke luar rumah. Dengan perlahan-lahan dia mendekati anaknya yang jelas ketakutan dihujung ruang tamu. Perlahan-lahan dia memimpin tangan anaknya keluar daripada tempat yang pernah suatu ketika menjadi syurga untuk keluarganya. Di luar rumah hujan lebat yang turun mencurah-curah menambahkan lagi kesedihan dihatinya. Dia dapat melihat figura seorang lelaki yang tersenyum puas melihat kejadian itu. Tahu lah Lara angkara siapa tiba-tiba suaminya menggans. Sampai hati kau, Adnan. 

****

Liyana tersedar dari mimpinya. Sudah 15 tahun kejadian tersebut terjadi, namun mimpi ngeri itu tak pernah hilang. Wajah kesedihan ibunya, wajah bengis ayahnya masih segar di ingatannya. Tidak juga Liyana lupa akan wajah manusia yang telah memporak-perandakan perkahwinan ibubapanya. Angkara iri hati dan dengki, dia hilang ibunya, angkara was-was dan dendam, dia hilang kasih sayang ayahnya. Ibunya kembali ke Rahmatullah selepas lima tahun menderita mental dan fizikal selepas ditinggalkan oleh suami. Liyana memegang bahu kanannya. Masih terasa sakit pada kesan yang ditinggalkan ayahnya. 

Smenjak kebelakangan ini makin kerap mimpi ngeri tersebut menghiasi tidurnya dan Liyana tahu apabila dia terjaga dari mimpi ngeri itu, dia tidak akan dapat melelapkan matanya sampai ke pagi hari. Perlahan-lahan Liyana bangun dari katilnya dan keluar dari kamarnya. Dia terus menuju ke sebuah bilik yang  memang akan menjadi tempat persinggahannya apabila mimpi itu datang. Di dalam bilik yang hanya diterangi oleh lampu meja, Liyana memerhati gambar yang dilekatkan pada papan yang tergantung di dinding. Liyana tersenyum sinis. Esok dia akan memulakan tugasnya untuk membalas dendam. Dendam ke atas air mata ibunya yang mengalir pada malam 15 tahun yang lepas. 

   








P/S:: please comment for improvement. Thank you!!