Friday, October 6, 2017

Prolog

Suara tangisan kanak-kanak berusia 10 tahun memecah kesunyian malam. Terdengar juga suaranya yang mendayu-dayu meminta belas kasihan namun tidak dipeduli oleh ayahnya yang sudah naik hantu. Malah semakin menjadi-jadi mengerjakan isterinya yang sudah nampak lemah dan terkulai layu. Puas hati lelaki itu melihat si isteri tampak sudah tidak berdaya untuk melindungi dirinya daripada sepakan dan tunjalan kakinya. Mendengar suara anaknya yang semakin kuat merayu, Lelaki tersebut terus menerpa kearah anaknya dan memegang dagu kanak-kanak tersebut. 

"Aku kata senyap! Kalau kau tak nak aku buat engkau macam mak kau baik kau diam." Terdiam budak perempuan mendengar jerkahan ayahnya namun masih lagi kedengaran suaranya yang teresak-esak. 

"Bawak mengucap, Bang. Anak kita tu." Rayuan si isteri tidak diendahkan. Hanya panahan mata membunuh sahaja yang diberi kepada isteri. Anak kecilnya yang baru berusia 10 tahun itu ditolak sehingga terkena bucu meja. Malang tak berbau, puntung rokok yang masih bernyala itu terjatuh di atas bahu anak kecil itu. Segera si isteri mendapatkan anaknya setelah melihat anaknya berteriak kesakitan.  

"Ada aku kisah. Kau dah tahu aku tak suka kau bercakap dengan lelaki. Yang kau pergi bercakap dengan lelaki entah mana-mana tu buat ape? Aku nak tanya? Siapa lelaki yang aku nampak tengah hari tadi? Kekasih gelap?Kekasih lama? Oh bukan main gatal lagi engkau ya?Entah-entah budak ni..." Belum sempat si suami menghabiskan kata-katanya, Lara berteriak...

"ABANG!!! Sampai hati abang tuduh saya yang bukan-bukan. Lelaki mana ni abang? Abang, saya berani junjung Al-Quran yang Yana ni anak kita." Mana datang kekuatan untuk memegang kaki suaminya untuk merayu, Lara pun tidak tahu. Terkilan hatinya memikirkan suami yang dicintai sepenuh hatinya meragui kasihnya sampai sanggup menidakkan anak mereka sendiri. 

"Ah!!! Persetankan junjung kau tu. Tak laku. Aku nak kau keluar dari rumah ni. Pergilah ikut lelaki tu, dasar perempuan tak guna. Aku tak nak tengok muka kau dan anak kau kat rumah ni lagi. Mulai hari ni aku ceraikan kau dengan talak satu." Terduduk Lara mendengar talak yang dijatuhkan oleh suaminya. Sampai hati suaminya membabi buta melepaskan talak keatasnya atas kesalahan yang entah wujud atau tidak. 

Lara hanya melihat suaminya mencampakkan pakainnya ke luar rumah. Dengan perlahan-lahan dia mendekati anaknya yang jelas ketakutan dihujung ruang tamu. Perlahan-lahan dia memimpin tangan anaknya keluar daripada tempat yang pernah suatu ketika menjadi syurga untuk keluarganya. Di luar rumah hujan lebat yang turun mencurah-curah menambahkan lagi kesedihan dihatinya. Dia dapat melihat figura seorang lelaki yang tersenyum puas melihat kejadian itu. Tahu lah Lara angkara siapa tiba-tiba suaminya menggans. Sampai hati kau, Adnan. 

****

Liyana tersedar dari mimpinya. Sudah 15 tahun kejadian tersebut terjadi, namun mimpi ngeri itu tak pernah hilang. Wajah kesedihan ibunya, wajah bengis ayahnya masih segar di ingatannya. Tidak juga Liyana lupa akan wajah manusia yang telah memporak-perandakan perkahwinan ibubapanya. Angkara iri hati dan dengki, dia hilang ibunya, angkara was-was dan dendam, dia hilang kasih sayang ayahnya. Ibunya kembali ke Rahmatullah selepas lima tahun menderita mental dan fizikal selepas ditinggalkan oleh suami. Liyana memegang bahu kanannya. Masih terasa sakit pada kesan yang ditinggalkan ayahnya. 

Smenjak kebelakangan ini makin kerap mimpi ngeri tersebut menghiasi tidurnya dan Liyana tahu apabila dia terjaga dari mimpi ngeri itu, dia tidak akan dapat melelapkan matanya sampai ke pagi hari. Perlahan-lahan Liyana bangun dari katilnya dan keluar dari kamarnya. Dia terus menuju ke sebuah bilik yang  memang akan menjadi tempat persinggahannya apabila mimpi itu datang. Di dalam bilik yang hanya diterangi oleh lampu meja, Liyana memerhati gambar yang dilekatkan pada papan yang tergantung di dinding. Liyana tersenyum sinis. Esok dia akan memulakan tugasnya untuk membalas dendam. Dendam ke atas air mata ibunya yang mengalir pada malam 15 tahun yang lepas. 

   








P/S:: please comment for improvement. Thank you!!

No comments:

Post a Comment